Wednesday, October 14, 2009

Gambar Nur Fazura di Majlis Prebiu PISAU CUKUR

time October 15th, 2009 | category Category: Nur Fazura Sharifuddin |
comment 2 Comments »

Jam 12 tengah malam, Budiey baru sahaja pulang dari menonton filem PISAU CUKUR di Majlis Prebiu Filem PISAU CUKUR yang diadakan di Cathay Cineplex Cineleisure, Mutiara Damansara.

Ramai betul pelakon handalan yang ada dalam filem arahan Bernard Chauly ini hadir untuk memeriahkan majlis termasuklah Maya Karin, Aaron Aziz, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay dan Nas-T.. And of course, pelakon yang melakon watak gadis gedik dan keletah tapi bijak bernama INTAN pun turut hadir. Berbaloi pihak produksi setia menunggu Nur Fazura yang pada masa itu sedang sibuk dengan drama Exora semata-mata kesesuaian watak INTAN ini untuk Nur Fazura.

Filem ini takkan berjaya sekiranya tidak didokong oleh pelakon cemerlang, tersohor, ada nama dan berkarakter. Korang jangan terkejut kalau pelakon cameo pun semuanya terkenal dan punya nama. Walaupun tampil dua tiga saat, tapi setiap lakonan mereka akan diingati penonton. Itulah impaknya.

AKu difahamkan, PISAU CUKUR adalah cubaan pertama Bernard Chauly dalam mengarah filem komedi. Ternyata, ianya sukses~!

Sepanjang menonton filem terbitan Red Films dan Grand Brilliance ini, Budiey gelak sakan menonton aksi lincah Nur Fazura membawa watak INTAN yang menjadi perantara TV ini membantu rakan karibnya, BELLA untuk mendapatkan bakal suami jutawan. Gandingan hebat lagi mantap ini sure takkan menjadi sekiranya tidak didokong oleh Aaron Aziz yang melakonkan watak detektif persendirian serta Maya Karin yang semua orang tahu, dia memang boleh watak wanita cantik yang seksi dan menggoda.

PISAU CUKUR akan belayar ke pawagam mulai 5 November 2009 ini~!

Mampukan filem PISAU CUKUR mencipta sejarah sebagaimana filem arahan pertama Bernard Chauly, Gol & Gincu yang meraih Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 2006?

Saya sungguh teruja pagi ini bila mendapati telah menerima lebih daripada 400 komen dan e-mel berhubung saranan saya bagi anda mengemukakan cadangan belanjawan Malaysia. Selepas satu perjalanan yang sungguh berhasil ke Perancis, amat mengharukan bila melihat semangat rakyat Malaysia apabila mereka mengambil tanggungjawab sivil dan kesetianegaraan mereka dengan memberikan input kepada belanjawan negara. Saya telah menyelami beberapa saranan untuk memastikan yang mana akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam belanjawan atau dalam dasar negara.

Kepada semua yang telah sudi menyumbangkan idea, terima kasih daun keladi. Saya akan membincangkan idea-idea ini dengan Kementerian Kewangan tidak beberapa lama lagi, dan akan melaporkannya lagi, bagaimana mungkin kami menggabungkan cadangan-cadangan anda itu melalui blog 1Malaysia.