Wednesday, October 14, 2009

Saya sungguh teruja pagi ini bila mendapati telah menerima lebih daripada 400 komen dan e-mel berhubung saranan saya bagi anda mengemukakan cadangan belanjawan Malaysia. Selepas satu perjalanan yang sungguh berhasil ke Perancis, amat mengharukan bila melihat semangat rakyat Malaysia apabila mereka mengambil tanggungjawab sivil dan kesetianegaraan mereka dengan memberikan input kepada belanjawan negara. Saya telah menyelami beberapa saranan untuk memastikan yang mana akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam belanjawan atau dalam dasar negara.

Kepada semua yang telah sudi menyumbangkan idea, terima kasih daun keladi. Saya akan membincangkan idea-idea ini dengan Kementerian Kewangan tidak beberapa lama lagi, dan akan melaporkannya lagi, bagaimana mungkin kami menggabungkan cadangan-cadangan anda itu melalui blog 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment