Friday, November 20, 2009

Welcome to
Penubuhan 'bilik perang'
Posted on Friday, October 16 @ 22:03:27 MYT
Topic: Berita



Pemuda Umno begitu bersemangat untuk memenangi hati rakyat jelata dengan pengumuman terbaru untuk menubuhkan 'bilik perang'.

'Bilik perang' yang dirancangkan ini adalah untuk menyusun dan mengatur strategi memenangi hati rakyat terutamanya golongan muda.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengulas jumlah lebih tujuh juta pengundi muda yang layak mengundi pada pilihan raya umum ke 13 akan datang akan mempengaruhi jatuh bangun Umno dan Barisan Nasional.

"Bagi memastikan BN dan Umno terus relevan kepada golongan muda, Pemuda Umno perlu membuktikan kepada golongan muda bahawa Umno benar-benar mendampingi, memahami serta bekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan dan masa depan mereka."


"Oleh itu, amat penting bagi kita semua untuk peka dan berusaha keras mendampingi golongan muda secara berfokus, giat dan terancang."

"Kita juga harus mendampingi mereka dengan wadah media yang kontemporari dengan golongan muda. Suka atau tidak, sedar atau tidak, kebanyakan orang muda mendapat sumber maklumat dan buah fikiran daripada saluran-saluran media baru, terutamanya internet."

"Sehubungan itu, parti kita harus segenerasi dan mempunyai menu dan selera yang sama dengan mereka. Dalam hal ini, suka saya merujuk kepada pendekatan yang proaktif lagi inovatif oleh Presiden kita yang bukan sahaja mempunyai mempunyai laman webnya sendiri malah, akaun twitter, facebook, YouTube serta flickr. Inilah satu contoh yang terbaik buat kita ahli parti semua," katanya.

"Ikrar saya kepada Presiden dan Timbalan Presiden, Pemuda kini bersedia untuk menjadi pejuang dan benteng hadapan kepada BN."

"Lihat sahaja di (pilihan raya kecil) Bagan Pinang, apabila Pas mengisytiharkan jihad dengan BN, seluruh ahli Umno tampil ke hadapan bagi menjaga maruah parti dan BN."

"Kami Pemuda Umno tetap tidak berganjak, sanggup menggadaikan jiwa dan nyawa demi maruah agama, bangsa dan perjuangan parti," katanya.


1 comment: